Kisah Wajib Baca

Kongsikan kepada yang lain
Share
Amer dari Pakistan yang banyak bekerjasama Dan membantu GISBH di Mekah

KISAH WAJIB BACA

1. Ada seorang pemuda dari Pakistan berkawan dengan GISBH di Mekah. Dia berkawan sejak bujang lagi. Malah dia meminta staf GISBH doakan agar dia mendapat jodoh. Tak lama lepas itu dia mendapat jodoh. Padanya itu berkat Tuan Nasir. Dia yang kata dan ceritakan semula dalam keadaan sebak.

2. Allah rezekikan dia bernikah dengan wanita Saudi, maka peluang dia berniaga terbuka luas dengan nama isterinya. Malah dia boleh menjadi kafil (Majikan yang jadi penjamin pekerja). Dia kata semua itu berkat Tuan Nasir.

3. Dari hanya seorang staf kedai komputer, dia berniaga katering dan berjaya melayan jemaah haji Pakistan seramai 5000 orang hingga mendapat taraf A+ dari Kementerian Haji Pakistan dan dijanjikan untuk kendalikan 10,000 jemaah haji tahun seterusnya tetapi tak berlaku kerana covid. 

4. Ketika itu juga dia berjaya membeli dan kendalikan bas-bas dan kenderaan pengangkutan untuk jemaah haji dan umrah. Padanya semua itu adalah berkat Tuan Nasir juga kerana dapur katering dan semua kenderaan tersebut atas nama GISBH dan berlogo GISBH.

5. Musim Covid ini semua perniagaan itu terhenti lalu dia mulakan perniagaan restoran. Dari hanya sebuah restoran akhirnya meningkat hingga 5 buah restoran. Padanya, ini semua kerana berkat Tuan Nasir. Rombongan Tuan Nasir tak dibenarkan membayar jika makan di mana-mana restorannya malah pekerjanya di marah dan diancam buang kerja jika pandai-pandai mengambil bayaran makan.

6. Kerana merasakan kehidupan dan segala usahanya dibantu dan dimudahkan sejak berkawan dengan GISBH khasnya Tuan Nasir maka dia sangat membantu Tuan Nasir dan perniagaan GISBH di sini.

7. Oleh itu jangan terkejut bila melihat GISBH membeli perniagaan restoran dan mengadakan deal bisnes yang besar-besar di Saudi kerana ada orang kaya di sini yang sanggup membantu GISBH dari sudut modalnya. Setiap kali membantu, Allah beri dia rezeki dan peluang berlipat kali ganda. Sebab itu dia terus membantu kerana terbukti seluruh hidupnya berubah setelah itu. Itu keyakinannya.

8. Allah berfirman; مَثَلُ الَّذِيۡنَ يُنۡفِقُوۡنَ اَمۡوَالَهُمۡ فِىۡ سَبِيۡلِ اللّٰهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ اَنۡۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابِلَ فِىۡ كُلِّسُنۡۢبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ‌ؕ وَاللّٰهُ يُضٰعِفُ لِمَنۡ يَّشَآءُ‌ ؕ وَاللّٰهُ وَاسِعٌ عَلِيۡمٌ

Bandingan derma orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.

Al-Baqarah: 261

Malah ada hadis yang mafhumnya setiap 1 kebaikan akan dibalas 10 kali kebaikan sepertinya.

9. Kalaulah orang-orang yang kuat keyakinan dengan Allah begini ada di Malaysia, Turki, Bosnia, Jordan, Mesir, Uzbek, Australia dan semua cawangan GISBH bertapak akan lebih cepat dakwah melalui perniagaan ini berkembang kerana Islam itu tertengak dengan takwa pemimpin, harta orang kaya, doa rintihan fakir miskin dan ahli ibadah, gerak kerja para mujahid dll.

10. Apa yang berlaku sekarang ialah orang hanya memberi cadangan, GISBH buatlah pasar raya di tempat saya, kami memerlukan pasar raya dan barangan halal Muslim, walhal duit orang-orang kaya dalam masyarakatnya berjuta-juta di bank tak terusik. 

11. Ada pula yang merasakan, Tuan Nasir dan GISBH ni kaya raya, sebab itu dia boleh beli hotel di Kelantan bernilai RM19 juta, beli perniagaan restoran di Mekah 200 ribu Riyal, beli hartanah di Turki, Bosnia, Mekah, Jordan, Australia tanpa memahami konsep dalam Islam iaitu orang-orang kayalah yang menjadi bank kepada masyarakat. Berbanding dengan orang kaya sekarang, ramai yang tak membantu perjuangan Islam dan menumpuk kekayaan akhirnya mereka sendiri tertindas dengan sistem riba.

12. Cuba lihat usahawan gaharu Tok Ipin yang mengadakan perjanjian perniagaan dengan GISBH tetapi niat utama beliau untuk mengharumkan dunia dengan haruman Oud tanpa alkohol kesukaan Rasulullah SAW maka hatinya lebih jutawan dari hartanya, dia billionaire jiwa sebelum billionaire duit. Allah bahagiakan hatinya kerana niatnya yang dikaitkan dengan Rasulullah SAW.

13. Marilah kita membantu agama Allah, nescaya Allah akan membantu kita.

اِنۡ تَـنۡصُرُوا اللّٰهَ يَنۡصُرۡكُمۡ

Kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu.

Muhammad: 7

Vila GISBH Mekah

7.01 am, Jun 27, 2021

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *