AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

KHIDMAT DRONE DI PROJEK SAWAH PADI GISBH TEBU HITAM, KUALA ROMPIN

Kongsikan kepada yang lain
Share

1. GISBH mengusahakan 200 ekar tanah untuk menanam padi di Tebu Hitam, Kuala Rompin, Pahang.

2. Sebahagian daripada tanahnya telah diusahakan tanaman padi dan sebahagian lagi sedang dipersiapkan.

3. Oleh kerana tenaga kerja yang terhad sedangkan kawasan tanamannya agak luas GISBH menggunakan teknologi Drone untuk menabur benih, menyembur racun dan menabur baja.

4. Pengerusi Eksekutif GISBH sendiri turun padang memastikan penggunaan peralatan moden ini berlaku di tapak pertanian sawah padi GISBH dengan pembelian drone dan penghantaran beberapa orang staf GISBH mengikuti kursus pengendalian drone pertanian ini.

5. Semoga dengan kemahiran penggunaan drone pertanian ini membantu Sektor Pertanian GISBH mengoptimumkan peralatan moden dalam kerja-kerja meraka yang dengannya membantu menampung kekurangan tenaga kerja, menjimatkan masa kos operasi.

6. Moga Allah tunaikan hasrat pempinan GISBH untuk menyediakan keperluan asas masyarakat dari hasil tangan para staf muslim yang pastikan berdisiplin menjadikan Islam sebagai cara hidup agar segala usahanya mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Menuju kilang plastik, Jeddah, Saudi

8.42am, Jun 30, 2021

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *