NOSTALGIA KESEMBILAN (Berpindah ke Kea Farm)

Kongsikan kepada yang lain
Share

NOSTALGIA KESEMBILAN

(Berpindah ke Kea Farm)

Kira2 sebulan tinggal di Hotel Green Cow,  kami dapat beberapa orang kawan  baru disitu: Keluarga Ah Wa yang menjaga hotel terasebut. Abang Nordin, kerani Perlong Velly Estate. Abang Salleh, seorang askar yang menjadi pemandu truck . Ronie seorang askar British. Aku terlupa menyebutnya yang kak Gayah kakak tiri kami pun turut berpindah dari Bagan Dalam ke Cameron Highlans bersama kami.

Dari Green Cow kami berpindah ke Kea Farm kira2 satu kilomiter dari Green Cow. DiKea Farm kami tinggal di sebuah cottage bercat puteh terletak dikepala bukit yang terpencil jauh dari rumah2 lain. Pada mulanya ada satu keluarga China tinggal dibahagian belakang cottage itu. Bila kami pindah kesitu, mereka telah berpindah ketempat lain.

  Dilembah sebelah depan cottage terasebut ditumbuhi rumput menghijau jenis 'kikuyu'. Tak lama lepas itu telah dibina sebuah reban kambing berukuran 20kaki x 10 kaki berdekatan dengan cottage tersebut kemudian telah dibawa ke situ berpuluh2 ekor biri2. Biri2 itu hidup dengan subur dan membiak dengan cepat.

Tuan Pfordten pergi bekerja ke Perlong Velly Estate dengan menaiki jeep yang dipandu oleh Mutu.

Ada seorang pakcik Pakistan yang bekerja dikebun sayur dikampung China Kea Farm itu setiap hari berulang alik berjalan kaki dari pekan Brinchang kira2 6 batu jauhnya dari situ. Dia lalu lalang dikaki bukit tempat letaknya cottage yang kami tinggal itu. Satiap petang kira2 pukul 5 kami tunggu pakcik itu lalu dan kami katakan padanya "Babu, buah susu." Sudah menjadi kebiasaan  dia ada bawa bersama nya buah susu yakni buah markisa liar untuk diberikan kepada kami. Ini merupakan satu hiburan bagi kami. Begitulah kehidupan di zaman kanak2, serba indah. Tak tahu erti masalah atau susah. Sentiasa happy.

  Pada satu malam datang kecottage kami itu seorang lelaki bersama dua orang perempuan. Mereka datang berjalan kaki dari Ladang Teh Sungai Palas yang terletak kira2 empat batu dari situ. Salah seorang perempuan tersebut sedang demam teruk. Jadi mereka datang nak minta sedikit ubat dari tuan Pfordten. Tuan Pfordten pun keluarkan peti ubat "Pertolongan Cemas" nya dan memberi perempuan itu makan  tablet APC (apicodin) yang memang dibekalkan kepada tentera untuk penawar demam macam panadol. Sekarang  tablet APC ini sudah dilarang mengguna kannya. Mungkin telah dikesan ada terdapat kesan sampingan nya. Mereka bertiga pun menumpang tidur dirumah kami. Besoknya sepasang suami isteri yang menghantar wanita yang sakit itu balik ke Sunagi Palas tetapi si sakit yang kami panggil kak Jah itu terus tinggal dirumah kami untuk berubat dan berehat. Begitulah serba susahnya suasana hidup diCameron Highlands pada ketika itu. Kelinik kerajaan hanya ada diTanah Rata yang jauhnya kira2 sepuluh batu dari situ dan kenderaan pulak payah.

Pada suatu hari sedang kami duduk didalam rumah tiba2 ada orang memanggil2 nama seseorang diluar rumah. Bunyinya mereka bercakap2 dalam bahasa Inggeris. Kami mematikan diri kerana ketakutan. Kak Jah dengan adikku Meah telah keluar bersiar2 dikawasan belakang rumah. Mujurlah kak Jah ini boleh berbahasa Inggeris sikit2. Entah apa yang mereka bualkan, dua orang Inggeris itu pun berlalu. Rupanya mereka mencari seorang wanita Inggeris yang hilang beberapa hari lepas ketika mendaki gunung Brinchang. Entahkan sesat, entahkan di baham harimau.

Suatu hari beberapa bulan selepas itu tuan Pfordten dengan mak Jam menaiki teksi, kata mereka nak ke Ipoh. Kami menangis kerana tak dibenarkan ikut sama. Sekembali dari Ipoh aku dan abangku Ahmad disuruh tidur dibilik sebelah bersama kak Gayah dan Meah adik kami kerana Mak Jam nak tidur di bilik tuan Pfordten. Selama ini aku dengan Ahmad abangku tidur sebilik dengan tuan Pfordten, mak Jam yang tidur dibilik sebelah. Kami terpinga2 tak faham mengapa berlaku perubahan begitu. Lama kemudian baru kami faham yang tuan Pfordten ke Ipoh dengan mak Jam kerana pergi bernikah semula di pejabat kadi Ipoh setelah habis edah mak Jam bercerai dengan pak Kassim. Banyak nya perkara yang tidak di fahami oleh kanak2 sebab itu lah kanak2 tak ada masalah, happy selalu. Perut kenyang kira OK lah.

  • https://www anjangmuor com/2021/08/22/nostalgia-kesembilan-berpindah-ke-kea-farm/ (1)

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: