Cikgu Mohd Noor Ghani

Kongsikan kepada yang lain
Share

Cikgu Mohd Noor Ghani

Salam ceria.
Cikgu Mohd Noor ni orang lama. Zaman Rufaqa’ 2007 dulu anjang pernah ikut xpdc Timur Tengah yang beliau ketuai. Kami pergi Jordan, Syria dan Mesir. Di Jordan sempat menziarahi vila Syeikh Abu Musab. Tak terfikir ketika itu, jemaah akan beli satu daripada hartanah Syeikh Abu Musab.

Anak Cikgu Mohd Noor, En Tarmidzi bertugas di GISBH Dubai. Kami panggil dia Cikgu Mizi. Anjang pun tak pasti sebab apa. Cikgu Mizi antara RPU yang terlibat dalam penghasilan beberapa filem pendek & kapsul di IkhwanTV seperti:

  1. Kongkong
    https://youtu.be/nI-9FIROWHQ
  2. Jasa: https://youtu.be/AQyVA71u3BQ
  3. Salah Lorong: https://youtu.be/O7uAWmCkD_c
  4. Celupar: https://youtu.be/mrGEV7NzNCc
  5. Korban: https://youtu.be/P77l5NPlOAk

Seorang lagi anak beliau, Tuan Hamdi bertugas sebagai Ketua Setiausaha Zon Pahang dalam GISBH. Kedatangan Cikgu Noor ke Dubai dalam rangka menziarahi anak menantu di negara teluk ini. Beliau diiringi isteri dan anak lelakinya, Tuan Hamdi.

Cikgu Mohd Noor ni ramai yang tersilap memanggilnya Cikgu Nuh sedangkan nama beliau Mohd Noor Ghani. Ore Klate. Berusia 65 tahun. Banyak menyimpan di hati segala yang dirasa tak sesuai dikongsi pada sesiapa. Tapi ada la yang dikongsi dengan anjang dan lain-lain. Khasnya tajuk “Silap Lorong.”

Tentang Pendidikan.
Pada Cikgu Noor, nak pulihkan pendidikan kena pulihkan para pendidik dan mereka yang terlibat dengan penyusunan dasar dan perlaksanaannya. Pepatah Melayu ada mengatakan; “Kalau guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari.” Ertinya sifat negatif yang ada pada guru bukan sahaja akan mempengaruhi anak muridnya malah mereka lebih ekstrim lagi daripada sang guru. Tak keterlaluan kita katakan, kalau guru merokok, murid boleh terlibat dengan penyalahgunaan dadah dll.

Oleh itu untuk membaiki sistem pendidikan mesti dipulihkan para pendidik. Pendidik bukan guru semata-mata. Pendidik secara umum adalah mereka yang berada bersama para pelajar, yang mempengaruhi sikapnya bermula dari ibu bapa, adik beradik, rakan-rakan sebaya, anggota masyarakat dan pemimpin masyarakat. Sudah tentu yang utamanya selepas ibu bapa, pendidik secara khusus ialah para guru kerana daripada merekalah pelajar mendapat ilmu dan didikan malah dalam sehari, pelajar berada bersama mereka dalam jangka waktu yang bukan sedikit.

Alhamdulillah di Dubai ini berbagai perkembangan terkini GISBH seluruh dunia dapat beliau dengar direct daripada Pengerusi Eksekutif GISBH, Tuan Nasiruddin Mohd Ali sendiri.

Moga masalah penglihatan beliau yang ‘tak tahan silau’ tak menghalangnya bermusafir ke sebahagian cawangan-cawangan GISBH di luar negara.

Pepatah Arab ada mengatakan:
‎ليس من رأى كمن سمع
Tidak sama orang yang benar-benar melihat sesuatu dibandingkan dengan orang yang hanya mendengarnya.

Setakat ini, Cikgu Noor telah melawat Expo Dubai 2020, Pasar Besar Sarjah, Restoran Nur Malaysia dan Dubai Mall…

Moga Allah berkati hidup Cikgu Noor dan seluruh isi keluarganya.

Menanti show GH di Pavilion Australia

10.55pm, Dis 10, 2021

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *