Tuan Nasir dan rombongan menziarahi Syeikh Abu Mus’ab

Kongsikan kepada yang lain
Share

MAFRAQ, JORDAN. 26.12.2021

Syeikh Abu Mus’ab meraikan kedatangan rombongan Tuan Nasiruddin Mohd Ali di kediamannya di Rihab, Mafraq, Jordan.

Banyak perkongsian yang kami perolehi dari beliau khususnya pengalaman beliau bersama Almarhum Ustaz Ashaari sejak bertemu pada tahun 1988. Dalam mengimbau kisah-kisah yang telah berlalu lebih 33 tahun, Syeikh Abu Mus’ab membuka diary lamanya yang tertulis bermacam-macam panduan dan membaca sebahagian darinya kepada kami.

Syeikh Abu Mus’ab juga berkongsi pendapat beliau mengenai isu semasa khususnya berkaitan penguasaan Yahudi ke atas ekonomi China bermula dengan Penasihat Keselamatan Negara AS, Henry Kissinger kunjungi Beijing secara sulit dalam suatu lawatan ke Pakistan dan meletakkan asas bagi lawatan Nixon ke China. Melalui Nixonlah Rothschild family masuk ke China dan membantu ekonomi China. Selepas itu ekonomi China banyak berubah malah dimasukkan dalam 5 negara kuasa VETO dalam PBB. Sekarang China telah mula menguasai banyak negara di dunia melalui ekonomi.

Sebagai seorang jurutera awam lulusan universiti di Hungary, Syeikh Abu Mus’ab mempunyai kemampuan bertutur dalam beberapa bahasa termasuk Inggeris dan Hungary dan sangat mahir berbahasa Arab.

Ada juga pengalaman-pengalaman yang berbentuk rohani yang dikongsikan kepada kami berkaitan Sahabat Rasulullah SAW iaitu Saiyidina Abu Ubaidah Al Jarrah dan Syeikh Ahmad Badawi.

Syeikh Abu Mus’ab sangat bahagia dengan kedatangan Tuan Nasir dan rombongan GISBH malah sebak mengalirkan air mata di awal pertemuan kerana teringatkan ikatan kasih sayang yang telah lama terjalin dengan Almarhum Ustaz Ashaari dan jemaah.

Jamuan pula sangat menyelerakan, daging kambing yang dimasak menggunakan oven selama 5 jam juga ayam dan nasi Arab. Moga makanan roh, fikiran dan jasad ini menyihatkan kami untuk terus berjuang.

Vila GISBH Amman

6.44pm, Dis 28, 2021

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *