Isu Telur – Tak Rasa Terhinakah Kita?

Kongsikan kepada yang lain
Share

Isu Telur

Salam ceria.

Semakin menghampiri bulan Ramadhan ini ada yang naik, ada yang turun, ada yang berkurang dan menghilang. Yang naik bilangan yang positif covid. Yang turun bilangan kematian akibat covid. Apa yang berkurang dan menghilang? Itulah bekalan telur ayam di pasaran.

Seperti ayam, telur adalah keperluan seluruh rakyat. Orang kaya makan telur, lebih-lebih lagi orang miskin. Anjang, kalau ada telur dan kicap di rumah, cukuplah untuk layan dengan nasi panas. Kalau ada cili, bawang besar, ikan bilis itu kira bonus la. Cuma sekarang dah kurang ambil kicap dan bilis kerana tekanan darah tinggi.

Orang yang ada darah tinggi, boleh bertambah tekanan darah bila keperluan seperti telur tiada di pasaran. Alasan yang diberi terpaksa kita telan penuh kepahitan kerana semuanya di tangan mereka. Telah lama mereka kuasai pasaran di setiap rantaian perusahaan ini.

Grand Parent ayam, Parent ayam, anak ayam daging, anak ayam telur, makanan ayam, telur ayam, ubat-ubatan ayam dll semuanya dalam tangan mereka. Kita umat Islam kalau nak mulakan projek ini terpaksa bergantung daripada mereka. 

Sebab itulah Tuan Nasiruddin Mohd Ali ajak staf GISBH usahakan ternakan ayam dari A sampai Z. Belajar ilmunya dulu. Ambil semua maklumat dari mana-mana, dari kawan-kawan dan kenalan seluruh negara Islam yang ada cawangan GISBH. Dapatkan teknologi mereka. Cuba buat setakat yang mampu di cawangan GISBH. Cita-cita GISBH dalam bidang ini ialah ingin menguasai empayar ternakan ayam halal seluruh Malaysia khususnya.

Ternakan ayam penelur dan pedaging ini termasuk dalam tuntutan Fardhu Kifayah. Allah dah janjikan penghinaan jika kita tak selesaikan tuntutan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah.

Firman Allah:
ضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ ٱلذِّلَّةُ أَيْنَ مَا ثُقِفُوٓا۟ إِلَّا بِحَبْلٍ مِّنَ ٱللَّهِ وَحَبْلٍ مِّنَ ٱلنَّاسِ

Mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali mereka yang mengadakan hubungan dengan Allah (Persoalan Fardhu Ain) dan mereka yang mengadakan perhubungan sesama manusia (Persoalan Fardhu Kifayah).

Demi melaksanakan tugas sebagai hamba dan khalifah Allah usaha ini perlu dilaksanakan hingga berjaya. Mohon doa dari semua agar Allah bantu usaha-usaha ini demi kemuliaan agama Islam di negara tercinta. Tak terasa terhinakah, telur ayam yang kita nak makan pun orang lain tentukan, boleh atau tak makan di atas tanah tumpah darah kita?!

PPI BCH,

2.53 PM, Feb 11, 2022

Jangan lupa subscribe, like, share dan komen.

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *