Kalau nak ikut orang ramai semata-mata…

Kongsikan kepada yang lain
Share

Kalau ikut orang ramai…

Sebagai muslim yang kita nak ikut firman Allah dan sabda Nabi yang dijelaskan praktiknya oleh para ulama. Nak ikut apa kata Allah, apa kata Rasul, bukan nak ikut apa kata orang ramai.

Allah sendiri beritahu;
وَإِن تُطِعْ أَكْثَرَ مَن فِى ٱلْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ ۚ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا ٱلظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ

Dan jika engkau menurut kebanyakan (majoriti) orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta. Al-An’aam: 116

Bila mula gunakan alasan, “Takutlah, nanti apa orang kata!” ertinya kita tak ada pendirian. Allah dah terangkan lama. Kita je tak sentitf. Ikut kata majoriti ni menyesatkan. Kecuali majoriti itu majoriti orang-orang yang baik. Maka ulasan, komen, nasihat, saranan mereka InsyaAllah asasnya kebaikan dan membawa kebaikan.

Umpama istilah kerja. Dalam masyarakat kita, dari anjang kecik, yang dikatakan kerja tu ‘makan gaji’ tak kira la ko peon, driver, tukang kebun sekolah, kerani hatta kerja kilang. Sebab itu bila ditanya apa cita-cita awak ketika di sekolah rendah, jawapan yang biasa; cikgu, doktor, pensyarah, polis, peguam, askar, jurutera…. Tak ada yang kata nak jadi peniaga atau usahawan.

Kalau ada yang latih anak-anak niaga dari kecil, (kalau bukan di bawah pantauan ibu bapanya) orang kata menyalahgunakan tenaga kanak-kanak. Orang tak kata ia latihan berdikari. Itulah orang ramai…

Bila ada yang nak berniaga, tinggalkan makan gaji, orang ramai akan kata; “Ko dah tak kerja ke, ko nak berhenti kerja?!” Orang tak kata, ko nak tukar bidang kerja? Itulah mentaliti masyarakat kita saban tahun. Sebab itu bidang perniagaan dikuasai oleh orang lain hatta pengusaha produk-produk yang mempunyai sijil halal di Malaysia 85% bukan Islam.

Ayam orang lain kuasai, sejuk beku bukan kita pegang, sayur-sayuran dan buah-buahan pun bukan di tangan kita. Tanam padi, kilang beras orang punya. Baja dan racun ambil dari depa, pendek kata, hampir semua bukan di tangan kita. Walhal kuasa membeli terbesar di tangan kita.

Takkan nak tunggu mantan Ketua Polis negara berniaga sayur-sayuran baru nak insaf. Kena ada pemimpin masyarakat yang memahamkan seluruh peringkat masyarakat secara menyeluruh bahawa keperluan hidup kita adalah tanggung jawab kita dan maruah agama, bangsa dan negara kita. Ia bukan semata-mata soal mulut dan perut, poket dan wallet.

AM BCH

10.51AM, Jun 7, 2022

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *