Makan di Ikhwan Seafood Restaurant Kuala Selangor

Kongsikan kepada yang lain
Share

Ikhwan Sea Food LKIM Kuala Selangor

Hari ni demam anjang dah agak kebah. 3 hari lepas Dr Norli beri 4 ubat. Antibiotik, selsema, tahan sakit dan gula-gula herba untuk tekak. Anjang pantang dan makan ubat tapi pagi tadi bacaan gula 11.8, masih tinggi.

Keluar ke pejabat, ingat nak join meeting tapi ditangguhkan. Anjang pergi tengok Stall Ammu-ammu. Di Laman Ikhwan yang dah sangat meriah bertambah meriah dengan pemasangan khemah-khemah persiapan Karnival Muharram dan Merdeka 19, 20 & 21 di jalan raya keliling padang. Ada Marquee Tent dan Arabian Tent.

Ammu Umar Zaki cerita pada anjang perancangan Stall Ammu untuk ikut panduan Tuan Adib iaitu berkonsepkan kampung. Jadi akan beli papan, tingkap rumah lama dan letak di dinding. Di kaunter pembelian telah ada pelapik anyaman mengkuang. Stiker sate besar pun dah ditampal di cermin.

Ammu Wan Salleh beritahu, Tuan Johan nak ke Kuala Selangor dan patah balik, anjang beritahu nak ikut. Sebelum pergi anjang ke surau salam Tuan Adib yang sedang latih pesilat dan salam para PZ.

Dengan kereta Cherry Ammu Wan Salleh yang dibeli di Labuan 13 tahun sudah, kami berempat (Tuan Johan, Ammu Wan Salleh, Ku Hafiz dan anjang) bergerak ke Kuala Selangor.

Dalam 45 minit perjalanan akhirnya kami selamat sampai ke Restoran Ikhwan Seafood Kuala Selangor. Lokasinya di LKIM Kuala Selangor betul-betul tepi jambatan. Bangunan berbumbung merah yang kelihatan dari atas jambatan. Terdapat sebuah keluarga dari Seremban 2 sedang menikmati hidangan. Sempatlah anjang pelawa ke Karnival Muharram Merdeka nanti.

Dalam lembut hembusan angin dari arah sungai hidangan yang diorder pun sampai. Tak banyak tapi menyelerakan. Tom Yam Seafood, Siakap 3 rasa, telur dadar, kailan ikan masin goreng dan nasi putih panas, semuanya sedap tapi anjang tak tambah nasi. Langkah berjaga-jaga. Yang paling sedap pada anjang, Tom Yam. Semua kami makan habis. Terima kasih Tuan Johan belanja makan. Terima kasih Ammu Wan Salleh jadi Pilot dan remaja Restoran Ikhwan Seafood LKIM KS sbb masak sedap….

Ok… jumpa lagi..

BCH

2.58pm, Ogos 16, 2022

  • https://www anjangmuor com/2022/08/16/makan-di-ikhwan-seafood-restaurant-kuala-selangor/ (34)

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *