Moi Thai

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria,

Hari ini anjang ingat nak mula diet semula sebab semalam langgar banyak sangat. Malam tadi makan nasi goreng daging Barak masak. Dia masak dia tak makan. Jaga badan. Anjang, Tn Yahya, En Maaruf, Abir dan Fat makan satu talam. Fat bawak tempoyak dengan cili api pulak. Bertambah sampai habis nasi. Duit tak dak, makan sedap. Cuma daging kambingnya anjang dah tak larat nak kunyah. So, niat tak nak makan hari ini.

Tuan Yahya ajak sarapan, anjang tak turun. Terus sterika jubah. Siap-siap nak sambut Tuan Chairman. Ammu Samran hidang kopok leko dengan sos, anjang tak sentuh. Minum air kosong je.

Tapi bila keluar, Abe belanja makan Moi Thai, anjang gagal kawal. Order satu mangkuk. Moi ni bubur. Anjang order bubur udang. Ada dua ekor udang sederhana besar. Di samping bawang goreng dan lain-lain aksesori.

Boleh tahan sedap. Terkorbanlah diet. Makan pulut kuning dengan ikan masin. Pastu makan bubur satu mangkuk. Minum Nescafe. Pekat betul Nes ni, pening kepala minum.

Pas makan kami teruskan perjalanan naik Ford Everest ke border Sadao nak sambut Tuan Chairman. Ok la Moi Thai ni, tapi tak boleh lawan Moi di Iyam Sombat Bangkok. Tuan Chairman dalam perjalanan ke sini.

Alhamdulillah dah sampai border Sadao. Tuan Chairman akan sampai kejap lagi. Kami baru tengok-tengok restoran apa yang sesuai untuk singgah. Yang penting ada tandas. Pastu ada sup Thai dan tenggiri jeruk masin. Itupun dah cukup menyelerakan.

AM@Sadao

Nov 3, 2023

1.28 pm

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *