Silap jalan

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria,

Apa khabar semua? Dah berabuk, bersawang blog Anjang lama tak update. Mohon maaf banyak-banyak. Hari ini mohon maaf pun dah jadikan orang meluat kerana ramai yang sengaja buat salah, pastu mohon maaf tutup cerita. Walhal kesalahan yang dibuat super merosakkan.

Hari ini Anjang masuk Malaysia. Ada urusan nak diselesaikan. Anjang tumpang Tn Alun. 2011 dulu pernah duduk dengan Tn Alun di Damsyik, Syria. Bagi yang belum beli e book Anjang berjudul “Dari Muar ke Damascus” boleh segera hubungi anjang. Ada banyak kisah-kisah kami ketika di ibu kota Syria tu.

Tadi gerak dari Hat Yai lambat sikit sebab beli barang di Kim Yong dan Makro. Pastu singgah solat di pejabat baru gerak.

Dari pejabat atau bakeri GISBH Hat Yai ke border Sadao ambil masa 1 jam. Pastu menuju Jitra ambil seorang lagi yang nak tumpang ke BCH.

Begitulah kami, manfaatkan kenderaan yang ada kekosongan untuk bawa kawan-kawan. So, Tn Alun, Anjang, isteri dia dan seorang remaja, anak Ammu Khalid Tasik Puteri. Tak lupa anak Tn Alun, Nuruddin Zengki.

Melihat Tn Alun yang dah mula mengantuk Anjang ajak dia fokus dengan menjawab teka teki. Antaranya cerita seorang Prof British nak pekenakan penumpang di sebelahnya dalam flight, akhirnya dia yang kantoi bila gagal menjawab, apa binatang yang naik bukit berkaki 4, bila turun berkaki tiga.

Selepas beberapa teka teki, hilang ngantuk Tn Alun. Malangnya oleh kerana terlalu fokus teka teki, dia tak fokus jalan. Sepatutnya terus ke KL, dia pegi naik jambatan, masuk Penang. Ampun.

Terpaksa kami buat satu pusingan, naik jambatan lama, keluar balik ikut jambatan baru. Fokus punya pasal.

Tak pe la. Memang ada yang tak pernah tengok jambatan tu. Dapatlah sikit info. Ingat nak singgah kafe baru GISBH dekat bangunan KOMTAR tapi waktu berbuka lama lagi, kami teruskan perjalanan.

Betul-betul dekat buka puasa kami berhenti di R&R Gunung Semanggul. Buka di situ. Alhamdulillah orang tak ramai. Anjang ambil nasi, kari urat, sayur kobis goreng dan telur masin. Tumpang juga lauk Tn Alun, baby crab dan kerang.

Lepas solat kami sambung perjalanan. Yang ditakuti masuk zon DNG. Korang tau apa tu zon DNG? Cuba tanya Tn Alun.

Menghampiri exit Rawang

10.41 pm, Mac 26, 2024

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *