AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

Kes Buang dan Bakar Beras

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam.
Anjang sedih membaca berita dan melihat video berpuluh-puluh kampit beras, tepung dan sardin di tempat perlupusan sampah.

Apa salahnya diberi makan binatang daripada membazir begitu. Allah tak fahamkan kita macam mana nak buat.

Kami dididik, hatta kalau nak buang nasi basi pun ada caranya. Buang di pangkal pokok, tempat kering supaya makhluk Allah seperti semut boleh makan. Atau bela ayam kampung, itik dan beri pada ternakan itu. Tak boleh sama sekali buang di longkang atau dalam plastik sampah. Ini rezeki, kena la jaga adab dengan rezeki Allah.

Kita hamba-hambaNya. Tak mampu mencipta walau sebutir beras. Takut dan malulah padaNya. Pastu, nasi dan lauk yang terhidang di meja makan kita, bukan seorang yang terlibat menyediakannya mungkin mencapai ribuan orang.

Dari petani dan nelayan. Penternak dan pasukannya. Peraih, pemandu, buruh, pengilang, mereka yang sediakan kenderaan, jalanraya, pihak berkuasa, hinggalah tukang masak, tukang hidang barulah nasi dan lauk pauk itu berjaya kita suap ke mulut kita.

Kenangkanlah jasa mereka. Ada di kalangan mereka bukan Islam, doakan Allah beri Hidayah dan Taufik pada mereka.

Ada yang Muslim tapi tak terjaga agamanya, doakan agar Allah Tingkatkan keislaman mereka. Sebagai usaha membalas jasa mereka.

Bukan pegi buang beras, bakar beras. Buang tepung, bakar tepung. Buang sardin, sedangkan ketika kecil, kıta bere but makan sardin adik beradik. Nak makan tulangnya yang lembut.

Tolonglah jadi pemimpin yang adil, adil pada diri. Takut nanti Allah hukum kita.

AM
BCH, Rawang.
12:28, 20 April 2024

Pertanyaan, klik wasap.my/60163233587/kapsul+saraf+AM@followers

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *