Muhyiddin jalani kuarantin 14 hari

Kongsikan kepada yang lain
Share


Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, salah seorang pegawai yang menghadiri mesyuarat pasca Kabinet di pejabatnya telah disahkan positif COVID-19. – Foto Facebook Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari bermula petang ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata salah seorang pegawai yang menghadiri mesyuarat pasca Kabinet di pejabatnya telah disahkan positif COVID-19.

“YAB Perdana Menteri telah mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet di Pejabat Perdana Menteri pada hari Rabu, 20 Mei 2020. Seorang pegawai yang hadir pada mesyuarat tersebut telah disahkan positif COVID-19.

“YAB Perdana Menteri telah menjalani ujian saringan COVID-19 pagi tadi dan disahkan negatif.

“Walau bagaimanapun, menurut Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi Kontak Covid-19 (Seksyen 15(1) Akta 342), YAB Perdana Menteri perlu menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari mulai petang ini,” memetik kenyataan itu.

Selain Muhyiddin, semua ahli mesyuarat tersebut juga telah diarahkan agar menjalani ujian saringan dan kuarantin di rumah masing-masing selama 14 hari bermula hari ini.

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa setiap mesyuarat yang diadakan di Pejabat Perdana Menteri mengamalkan penjarakan sosial dan penjagaan kesihatan yang ketat pada setiap masa.

Justeru, Muhyiddin akan bertugas dari rumah sepanjang tempoh kuarantin tersebut. 

Kredit: AstroAwani

AM: Nampaknya sekarang kena lebih berhati-hati. Mood Raya dah ada. Ramai je yang nak langgar arahan kerana apa? Mungkin kerana dah lama sangat terkurung. Nafsu kita dah ditekan selama sebulan. Kalau betul-betul jujur, iimanan wahtisaban… Nafsu itu akan menurut kehendak Tuhan untuk terus membuat kebaikan. Jika sebaliknya berlaku, nafsu akan bertambah kuat kerana Maghrib nanti akan bergabung dengan Syaitan…. Malanglah kita.

Covid-19 ni sangat mudah merebak. Dia tak kira PM ke rakyat biasa. Kaya ke miskin. Penduduk tetap ke pendatang. PATI ke yang ada PR. Orang muda ke, lebih-lebih lagi orang tua. Orang kampung ke orang bandar. Jadi marilah kita ikut arahan kerajaan. Bila ingkar, bukan je langgar arahan kerajaan malah takut dikira gagal sepanjang Ramadhan, sebab raya je dah menyusahkan orang lain. Orang bertakwa itu sepatutnya mengembirakan orang lain….

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: