Pimpinan GISBH Tunaikan Umrah di Musim Covid

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Apa kabo semua? Dah habis puasa 6 ke? Pastikan habis. Khasnya yang memang tak ada halangan. Anjang ada 6 hari lagi ni… hehehe. Belum mula la tu. Hari-hari terima tetamu dan ziarah orang, so belum sempat mula lagi.

Ni nak melawat kilang air di Jummum. Lawatan sebelum ni pun anjang tak sempat kongsi detail. Ampun.

2 hari lepas, pimpinan GISBH di sini berpeluang menunaikan ibadah umrah. Mereka yang Allah rezekikan ialah Pengerusi Eksekutif YBhg Tuan Nasiruddin Mohd Ali, CEO YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten, COO YBhg Tuan Hasnan Abd Hamid, CCO juga Ketua RPU Tuan Mohd Adib At Tamimi, Puan Ibu Azura Mohd Yusof, Timbalan Ketua Muslimah, Puan Ummu Mubarakah At Tamimi, Ketua RPU Muslimah, juga Tuan Syurahbil Amran dan En Abeed Nasiruddin.

Anjang rasa sangat terharu kerana nampak kasih sayang Allah kepada mereka yang bersungguh-sungguh memperjuangkan agama-Nya khasnya Tuan Nasir. Selama ni beliau banyak tinggal di Turki tetapi sebelum Covid-19 beliau ziarah ke Malaysia. Tak lama lepas tu, tup tup covid merebak, maka beliau tak dapat keluar Malaysia.

Tuan Nasir dan pimpinan GISBH tak berhenti berdoa dan merintih agar Allah tunjukkan yang GISBH tidak terjejas dengan wabak Covid-19 kerana kita bergantung kepada Allah, bukan dengan makhluk. Maka berlakulah macam-macam peristiwa yang sangat kelihatan kebesaran dan kasih sayang Allah.

Antaranya; di musim Covid inilah GISBH membeli bot nelayan, bot laju, vila dan hartanah, menempah dan membeli bas 2 tingkat, membeli bas Coaster, membeli kenderaan pacuan 4 roda, penternakan ayam, lembu dll. Pertanian padi, sayur-sayuran berskala besar dan lain-lain yang nilaiannya jutaan RM. Semuanya itu tidak cukup bagi Tuan Nasir kerana ada lagi keperluan umat Islam yang perlu disegerakan seperti kilang-kilang pemprosesan makanan yang bermacam-macam untuk membekalkan makanan halal di tengah masyarakat.

Pada Tuan Nasir, ia perlu untuk waktu ini sebanyak RM1 bilion untuk selesaikan keperluan dan bangunkan kilang-Kilang GISBH. Allah izinkan beliau sampai ke Mekah pada 1 Ramadan, berpuasa di Saudi samada di Mekah, Madinah dll.

Ketika nak rentas daerah dan negeri pun susah, Tuan Nasir berjaya mendapatkan visa bisnes ke Saudi untuk melawat cawangan GISBH di sini. Akhirnya di Syawal ni beliau dapat tunaikan umrah. Moga segala doa dan hajat beliau Allah tunaikan demi kebaikan Islam dan umatnya.

Sila klik link di bawah untuk sama-sama hayati umrah para pimpinan GISBH.

Otw ke Kilang Air ABI

10.47am, Mei 20, 2021

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

1 comment

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *