AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

MEETING TENGAH MALAM

Kongsikan kepada yang lain
Share

MEETING TENGAH MALAM

  1. 2 malam lepas Ameer dan Muhammad Sobur datang ke vila GISBH Mekah untuk bermesyuarat dengan pimpinan GISBH.
  2. Walaupun Ameer rakan kongsi GISBH dan banyak membantu GISBH di sini tetapi ia tak menghalang YDH Tuan Nasir menegur beliau kerana tidak menepati waktu.
  3. Begitulah Tuan Nasir sangat menjaga prinsip Islam sebab sayangnya beliau dengan perjuangan Islam, hingga Muhammad Sobur mengaku salah dan meminta maaf. Walaupun mereka bukan orang Melayu, Ameer dari Pakistan dan Sobur dari Afghanistan tetapi mereka sangat menerima kepimpinan orang Timur, Tuan Nasir.
  4. Perbincangan berlarutan hingga jam 12.30 malam. Walaupun jam 3.30 kami akan bangun bersahur para pimpinan tetap bertahan berbincang mengenai perancangan-perancangan GISBH di Saudi.
  5. Moga segala perancangan ini Allah berkati dan memberi kebaikan kepada GISBH dan seluruh umat Islam.

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *