AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

LAWATAN KE PACKAGING SOLUTIONS FACTORY COMPANY (PSF) JEDDAH

Kongsikan kepada yang lain
Share

LAWATAN KE PACKAGING SOLUTIONS FACTORY COMPANY (PSF) JEDDAH

  1. Lawatan pertama rombongan Ziarah-Dakwah-Tijarah GISBH yang diketuai oleh YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali di Jeddah ialah ke Packaging Solutions Factory.
  2. En Abdullah Al-Yamani yang kami kenal sebelum ini membawa kami bertemu Saiyid Bakr Ali Al Marba’ei atau dikenali dengan Abu Ali dan adiknya Saiyid Fahd Ali Al Marbaiei@Abu Walid di kilangnya.
  3. Mr. Abu Walid kurus tinggi, berjambang orangnya seperti kebanyakan orang Saudi, menyambut dan mempersilakan kami dengan senyum penuh mesra. Kelihatan masih muda sedangkan anaknya Mus’ab sendiri kelihatan dah sangat dewasa.
  4. Kami dibawa ke bilik mesyuarat dan saling berkenalan. Mr. Abdullah Al-Yamani memperkenalkan Tuan Nasir, Dato’ Lokman dan Tuan Nik Hazani kepada team kilang PSF.
  5. Mr. Abu Ali menerangkan kepada kami yang mereka mempunyai berbagai-bagai perniagaan dengan saham yang berbeza-beza seperti kilang kaca, kilang plastik, kilang label & pembungkusan plastik dan kilang makanan ringan.
  6. Kilang yang kami ziarah kali ini ialah kilang yang mengeluarkan tin dan anak botol. Anjang tak tau nama sebenarnya. Ia botol-botol kecil, apabila hendak digunakan akan dimasukkan ke dalam mesin khas untuk dikembungkan mengikut saiz tertentu seperti 300ml, 500ml atau 1.5L.
  7. Tin yang mereka keluarkan ialah tin untuk tinkan sardin, kacang panggang, minyak pelincir, tomato paste dll. Jadi, dia bekalkan tin ini kepada kilang makanan dan lain-lain.
  8. Mereka juga mempunyai kilang makanan yang mengeluarkan pelbagai jenis chips. Uniknya, chips yang mereka keluarkan termasuk semua plastik-plastik pembungkusnya adalah keluaran syarikat mereka sendiri.
  9. Dalam pertemuan ini pihak GISBH menayangkan profile GISBH dalam Bahasa Arab yang sangat diambil perhatian oleh Mr Bakr, Mr Fahd juga pegawai kewangan mereka.
  10. Dato’ Lokman Hakim juga mengambil peluang menceritakan aktiviti rombongan GISBH ini iaitu Ziarah-Dakwah-Tijarah dan fokus pimpinan GISBH dalam membina para remaja menguasai 10 kemahiran diri untuk digunakan dalam perjuangan.
  11. Pihak PDF sangat mengalu-alukan kerjasama dengan GISBH samada membawa produk mereka ke Malaysia atau yang lebih praktikal ialah dengan membuka kilang mereka.
  12. Di malam hari pula mereka mengambil peluang menjamu rombongan GISBH di kediaman mereka di pinggir kota Jeddah.

Platinum Suites Jeddah 

5.58am, Jun 10, 2021

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *