Warga Malaysia maut dalam kemalangan bas di Turki

Kongsikan kepada yang lain
Share

SEORANG rakyat Malaysia maut apabila sebuah bas ekspres yang membawa 35 rakyat Malaysia di Turki, terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Menurut kenyataan kedutaan besar Malaysia di Turki, kemalangan berlaku di Afyonkarahisar ketika mereka dalam perjalanan dari Pamukkale ke Cappodokya.

Bas itu dipercayai hilang kawalan lalu terbalik akibat keadaan jalan yang licin.

Selain mangsa yang meninggal dunia, 10 lagi penumpang turut mengalami kecederaan.

Mereka kini sedang dirawat di hospital Afyonkarahisar.

Pihak kedutaan juga memaklumkan sedang mendapatkan maklumat lanjut dari pihak berkuasa tempatan dan hospital.

Kredit: Astro AWANI

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *