Tn Hj Khairul di Nur Malaysia Amman

Kongsikan kepada yang lain
Share

Baru-baru ini Restoran Nur Malaysia Amman didatangi pelanggan dari Malaysia bernama Hj Khairul dan keluarganya. Beliau yang merupakan kawan kepada YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten adalah kenalan rapat GISBH. Kedatangannya ke Jordan adalah untuk menziarahi anaknya yang belajar di Universiti Muktah.

Beliau menjalankan perniagaan khemah/canopy. Menurutnya GISBH ada membeli khemah/canopy dari syarikatnya malah canopy yang mempunyai pendingin udara (aircond) yang GISBH gunakan dalam program Karnival di Bandar Country Homes dibuat di syarikatnya. Hj Khairul juga mengatakan bahawa conopy yang GISBH beli semuanya dalam simpanannya dan bila GISBH nak buat event, dia akan bantu untuk pasangkan.

Begitulah jika anggota masyarakat memahami tanggung jawab GISBH dalam masyarakat, mereka akan membantu GISBH dalam bidang yang mereka boleh sumbangkan agar Islam dan muslimin dilihat berwibawa di dalam semua aktiviti kehidupan.

Sebelum datang ke restoran ini Tuan Hj Khairul ada berhubung dengan En Nazif bertanyakan samada GISBH ada restoran di Jordan atau tidak. Respon Tn Hj Khairul, makanan sangat sedap dan sambal belacannya power.

Tn Haji Khairul menziarahi Jordan selama selama 13 hari dan menurutnya insyaallah akan ke Turki sambil bertanya, “GISB ada juga kan di Turki?

Beliau bertanya kafe di Turki berapa tingkat? Bila dimaklumkan ada 9 tingkat termasuk hotel, beliau kelihatan terkejut dan teruja lalu segera berkongsi dengan keluarganya.

Moga setiap tetamu yang datang ke premis GISBH di mana sahaja di dunia ini semuanya terhibur dan terasa indahnya Islam bila diamalkan secara menyeluruh sebagai cara hidup. Ya Allah muliakan dan menangkan Islam di tahun 2020 ini.

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *